BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Monday, December 27, 2010

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU..

sempena pengajian hampir bermula..marilah sm2 kita merenungi kelebihan menuntut ilmu supaya ,kita menjadi lebih bersemangat dalam perjuangan menuntut ilmu..

HADITH-HADITH MENGENAI KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud

0 comments: