BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Thursday, October 13, 2011

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)



 

Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW

Friday, July 15, 2011

10 SURAH DAPAT MENGHALANG 1O UJIAN BESAR ALLAH SWT

Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari sebarang ujian dan dugaan yang datang silih berganti.. Oleh itu, di sini terdapat 10 panduan surah yang dapat menghalang kita dr 10 ujian besar Allah SWT dengan izinNya..Diharap dapat menjadi amalan dan renungan bersama buat semua..smoga kita sama-sama akan beroleh manfaat dan perlindungan daripadaNya....

Tuesday, February 8, 2011

Maharku untukmu by alief ( new version)

Lagu nie sgt sweet n nice.. lagu ini menggambarkan tentang betapa manisnya nikmat bercinta selepas penikahan.

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Friday, February 4, 2011

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT... ketika,......

Setiap org impikan kehidupan yang bahagia dan penuh kasih sayang...untuk memperolehinya tidak ssh tp yang penting kt harus mengikut syariat yang ditetapkan..jika kita memperoleh sesuatu bersyukur lah walaupun kt xdpt seperti yang diimpikan kerana mungkin ada hikmah disebaliknya .  Begitu juga dalam mencari calon untuk melayari kehidupan dalam rumahtangga..tidak perlu memndang paras rupa dan luaran semata2 kerana itu bkn penetu segalanya..Antara tips2 yg bleh diambil perhatian semasa memilih pedamping hidup adalah seperti berikut kerana daprida itu lah kt dapat membentuk rumahtangga yang harmoni

Wednesday, February 2, 2011

10 langkah mewujudkan keyakinan diri..

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.

Saturday, January 29, 2011

Tanda-tanda gangguan jin dan cara perlindungan terhadap gangguan tersebut

Gangguan sihir boleh datang daripada pelbagai keadaan. Antaranya ialah pada waktu tidur, sedang terjaga dan  bnyk lagi contoh gangguan2 lain..Jadi jika kita terganggu atau terdapat tanda-tanda tersebut bolehlah kita sama-sama mencari ikhitar supaya perkara ini dapat diatasi dan dielakkan.

Friday, January 28, 2011

ADAB-ADAB MAKAN MENURUT AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH

Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

cara dan adab memotong kuku mengikut sunnah

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Amalan Kesihatan Dari Al-Quran & Mengikut Sunnah Nabi..

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt: berikut... Marilah sama2 kt amalkan..

Thursday, January 27, 2011

SIHIR CINTA & CARA MELINDUNGI DARIPADA TERKENA SIHIR..

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperoleh bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati – dia cantik tetapi tiada siapa yang ingin berkahwin dengannya. Kalau berkahwin pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena?

Saturday, January 22, 2011

warkah hati untuk insan bergelar wanita..

"Kerana dirimu begitu berharga."pepatah yg sering disebut dlm iklan yang mempromosi kosmetik....pepatah ini sgt sinonim dgn wanita..tp adakah kecantikan sahaja cukup untuk segalanya?? marilah sama2 kt renungkan..

Friday, January 21, 2011

Jadikan dirimu seperti mawar berduri..

mawar itu bunga jelita
dicintai para pujangga,
madunya dikasihi para kumbang per...kasa,
warnanya dinikmati semua mata.

gunakanlah kejelitaan dan
elokmu untuk pemilik yg berhak,
secara halal dan beretika.
sebelum layu menerpa,
dan ajal tiba.
syukurilah..
duri mawar,
akan sangat berbahaya
bagi ulat yg tak tahu estetika!

warkah untuk sahabat..

S A H A B A T..