BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Saturday, January 29, 2011

Tanda-tanda gangguan jin dan cara perlindungan terhadap gangguan tersebut

Gangguan sihir boleh datang daripada pelbagai keadaan. Antaranya ialah pada waktu tidur, sedang terjaga dan  bnyk lagi contoh gangguan2 lain..Jadi jika kita terganggu atau terdapat tanda-tanda tersebut bolehlah kita sama-sama mencari ikhitar supaya perkara ini dapat diatasi dan dielakkan.
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  • Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  • Mimpi yang sangat menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.
  • bermimpi tentang bayi 
  • bermimpi menyusukan bayi.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  • Kepala selalu pening, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  • Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
CONTOH LAIN-LAIN GANGGUAN JIN
  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  • Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
  • PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
    1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
    2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
      • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
      • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
      • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
    3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
    4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
    5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
    6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
    7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
    8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
    9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
    10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

0 comments: