BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Thursday, January 27, 2011

SIHIR CINTA & CARA MELINDUNGI DARIPADA TERKENA SIHIR..

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperoleh bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati – dia cantik tetapi tiada siapa yang ingin berkahwin dengannya. Kalau berkahwin pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena?


Apabila seseorang itu suka bersendirian, pendiam, tidak suka berjumpa dengan orang, fikirannya meracau, selalu juga pening, lesu dan tidak bermaya serta hilang semangat tanpa ketahui punca sebenarnya, ini dinamakan sihir membuat orang tidak suka.

Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan, sekalipun telah mengambil ubat tapi dada terasa sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam.
Dia melihat orang yang datang melamar sebagai bermuka hodoh. Fikirannya kerap melayang, apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak, perut juga selalu berasa sakit, demikian juga di bahagian bawah tulang punggung.

Lindungi diri

Bagaimana sihir ini boleh berlaku? Mengikut seorang pengamal perubatan Islam dalam laman webnya, jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
• Masuk ke dalam tubuh wanita berkenaan menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.  
• Menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya hingga berwajah buruk.

Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita semua berhak memandu kereta juga berhak mengelak dari sebarang tragedi. Kita berhak hidup di dunia ini justeru berhak menangkis dan menepis semua perbuatan ghaib yang jahat daripada menimpa diri kita. Lindungilah diri kita bersama dengan;
Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhamad S.A.W umpamanya Zikir Al-Mathurat.
• Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.  
• Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap.  
• Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
• Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.  
• Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.  
• Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.  
• Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.

Sihir itu ada, sebab ia tertulis di dalam Al-Quran. Oleh itu kita perlu bersedia supaya tidak terkena sihir. Seseorang yang terkena sihir tidak lagi berdiri sebagai insan normal, tindakannya keterlaluan ataupun terlalu kurang daripada tahap manusia biasa.

Sama-samalah kita renungkan.. Semoga dijauhkan dari Sihir Cinta...


2 comments:

shahjiehan said...

nice! mana hg dapat artikel2 menarik nih?

permata syazuliah said...

tq..aku sk bc dr pelbagai sumber.,,yang mn aku rs sahih ,logik n menarik so aku ltklah..