BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR..

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)..Di bawah ini di nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Beza Lelaki & Wanita

Lelaki dan wanita mempunyai perbezaan antara satu sm lain .
Namun kedua2 nya..mempunyai kelebihan masing2..marilah sama2 kita hayati dan renungi..

Wednesday, December 29, 2010

Ratu syahadah..

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (iateri firaun) , Maryam binti imran ( bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasulullah) dan Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasulullah )

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Petikan ini diambil dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit.

(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

khutbah nabi mengenai dajjal...

Marilah kita renungkan dan ambk ikhtibar daripada khutbah tersebut..

DETIK AKHIR RASULULLAH S.A.W


>> >Utk Renungan Bersama.
Saat- saat Rasulullah SAW Menghampiri Sakaratul Maut
Rasulullah s.a.w masih mengingati kita sbagai umatnya .. Oleh itu,marilah kita sama2 menghayati dan merenungi detik akhir rasulullah saw  dan smbil itu sm2 lah kita berselawat ke atas baginda untuk membuktikan tanda ingatan kita terhadap baginda juga.. 

Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat...

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

STATISTICAL MIRACLES IN THE QUR'AN..

Let's have a look at some of the statistical miracles in the Qur’an, of which are only a small fraction of what this Holy Book gives to mankind. Dr. Tariq Al-Suwaidan, a well-known scholar from the Muslim Brotherhood, Ikhwan Al-Muslimoon, conducted this statistical study.

SEJARAH DAN KELEBIHAN AYAT KURSI


Ayat kursi selalu diamalkan ketika kita berasa takut  menghadapi musuh atau makhluk2 halus..untuk mengetahui sejarah dan lebih banyak kelebihan ayat kursi..Marilah sama2 kita hayati dan renungkan..

Untuk bakal teman hidupku...

coretan ditujukan khas untuk sesiapa yg telah dipilih Allah utk menjadi bakal teman hidupku...

Kelebihan solat di awal waktu..


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Marilah sama2 kita hayati dan renungkan kelebihan solat di awal waktu..

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK..

Sebagai bakal guru fizik..saya ingin berkongsi sedikit informasi tentang aurat dari perspektif fizik
yang telah dilakukan kajian oleh beberapa orang pelajar....marilah sm2 mengambil ikhtibar..

kisah ikhtibar : 1 Perbuatan memberi 3 jawapan..


Sebuah kisah ikhtibar yang boleh dijadikan pengajaran kpd kita semua.. kita jagnlah meragui kekuasaan Allah..tiada yang lebih berkuasa selain drNya..Allah yang Maha pemurah lg Maha mengatahui...

Tuesday, December 28, 2010

5 perkara menjadikan ber'couple' itu haram..

Setiap remaja sudah menjadi lumrah untuk mempunyai pasangan masing2..
Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau
seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa
perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM
Antaranya ialah.....
Marilah sama2 kita renungkan..

5 perkara menenangkan hati..

Jiwa kita seringkali resah dengan masalah2 yang timbul tanpa diingini...
pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan resah di jiwa,,
Jadi marilah kita sama2 renungkan 5 perkara yang boleh dilakukan untuk menenangkan hati..
insyaAllah..dengan mengamalkan perkara2 ini..hati kita akan lebih tenang walaupun pelbagai ujian dan masalah
terpaksa ditempuhi..

fadhilat berzikir..

Marilah kita renungkan bersama-sama...
fadhilat2 berzikir..
renung2kan dan selamat beramal..

kelebihan berzikir..

Berzikir mempunyai banyak kelebihan dan mendekatkan diri kita kepada Allah..Marilah sama2 kita renungkan kelebihan berzikir,..

kisah 6 : kasih seorang ayah..

Ayah , bekerja keras utk membesarkan kita..
ingin melihat anaknya membesar dengan sihat dan berjaya..
seoranga ayah hatinya tidak selembut seorang ibu,
walaupun tidak ditunjuk perasaan itu,namun,seorang ayah  turut memendam perasaan kasih tersebut di lubuk hatinya.. Marilah sama2 kita renungi kasih seorg ayah dari cerpen ini..

kisah sedih 5 :Pengorbanan seorang ibu..

Ibu, merupakan wanita yang mulia ..
yang telah bertungkus lumus membesarkan kita tanpa rasa penat dan
jemu..Namun , apabila kita sudah berjaya jgnlah lupa terhadap pengorbanan ibu kita..
Marilah sama2 kita renungi pengorbanan seorg ibu terhadap anknya yang tidak mengenang jasa..huhu

kisah 4 : isteri tersayang..

Hargailah isteri anda..walaupun pada anda dia mempunyai banyak kekurangan,..tetapi disebalik kekurangan itu dia mempunyai banyak kelebihan dan kekuatan yang anda tidak mengangka sama sekali..
marilah menghayati kisah ini untuk renungan bersama..

kisah 3: Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...

poligami?? ramai wanita yang amat sensitif dengan topik ini..
tp kita x boleh menentang 100% kerana perkara ini telah dihalalkan oleh syarak..
mari kita renungkan dan hayati kisah ini utk mengetahui pengorbanan seorg isteri
apabila suaminya ingin nikah satu lg..

KISAH SEDIH 2: Hargailah Pasangan Kita ...

Pengorbanan isteri melahirkan anak merupakan pengorbanan yg sgt besar..
Pada ketika itu, bleh dikatakan nyawa berada di hujung rambut..
Marilah kita sama2 mengambil ikhtibar dari kisah ini..

Kisah sedih 1 : HARGA SEBUAH KERETA DAN ANAK..

Ingatlah bahawa anak merupakan
permata rumahtangga,jangan disebabkan sesuatu perkara kecil,
anak2 menanggung derita.. sama2 lah kita renungkan..

Open Your Eyes. ( MAHER ZAIN )

Mari sm2 renungkan mksd di sebalik lagu ini..betapa besarnya kebesaran Allah ...
subhanaallah..

Monday, December 27, 2010

Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu??

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Rahsia Memimpin Wanita.....

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya.Jadi seseorang perlu mempunyai cara yang betul memimpin kerana wanita ibarat kayu yang bengkok,apabila diluruskan terus ai akan patah,namun apabila dibiarkan ia akan terus bengkok..Jadi marilah kita kita hayati rahsia untuk memimpin insan bergelar wanita, 

Kelebihan Surah Al Ikhlas

Kelebihan Surah Al Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU..

sempena pengajian hampir bermula..marilah sm2 kita merenungi kelebihan menuntut ilmu supaya ,kita menjadi lebih bersemangat dalam perjuangan menuntut ilmu..

HADITH-HADITH MENGENAI KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud

8 PERKARA DIGANTI DENGAN 8 AMALAN...

8 Perkara 8 amalan

Seorang sahabat berkata :
SIAPA YANG TIDAK SANGGUP MENGERJAKAN YANG LAPAN , MAKA HENDALAH DIA BERBUAT LAPAN MACAM PERKARA BAGI MENCAPAI PAHALA YANG LAPAN:-

1) SIAPA YANG HENDAK PAHALA SEMBANYANG MALAM SEDANGKAN DIA KETIDURAN MAKA JANGAN BERBUAT MAKSIAT PADA SIANG HARINYA.

2) SIAPA YANG HENDAK PAHALA PUASA SUNAT, MAKA HENDAKLAH DIA MENJAGA LIDAHNYA.

3) SIAPA YANG HENDAK KELEBIHAN ULAMAK, MAKA HENDAKLAH DIA SUKA BERFIKIR YANG BAIK,

4) SIAPA YANG HENDAK PAHALA JIHAT MAKA HENDAKLAH DIA DUDUK DIRUMAHNYA,

5) SIAPA YANG INGIN PAHALA SEDEKAH SEDANGKAN DIA TIADA HARTA HENDAKLAH DIA MENGAJAR ILMU AGAMA YANG TELAH DIDENGARI,

6) SIAPA YANG HENDAK PAHALA HAJI SEDANGKAN DIA TIADA KEMAMPUAN MAKA HENDAKLAH DIA MENGERJAKAN SEMBAHYANG JAMAAH,

7) SIAPA YANG HENDAK MENCAPAI FADHILAT ORANG BERIBADAT MAKA JAUHILAH PERSENGKETAAN DAN JANGAN MENIMBULKAN SENGKETA,

8) SIAPA YANG HENDAK PAHALA ORANG ORANG ABDAAL MAKA HENDAKLAH BELIAU REDHO DENGAN APA YANG MENIMPA DIRINYA.

MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT MANFAAT...

PETIKAN MAJALAH HIDAYAH... .

CeRiA SenTiasa..., SenYuMan BerKat... :-)

FADHILAT DAN MANFAAT SOLAT MENGIKUT POSISI ...

Fadilat dan manfaat solat
________________________________________
Solat boleh dilakukan oleh semua orang.Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita jiwa yang tenang.Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung,darah tinggi,sakit sendi,sakit tulang,sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.
Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.
________________________________________
Posisi pertama
Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.

Faedah
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ¬otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.




________________________________________
Posisi kedua
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah

Faedah
Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan , hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar 'pineal', 'pitunitary', kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.


________________________________________
Posisi ketiga
Rukuk

Faedah
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.
Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan
kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


________________________________________

Posisi keempat
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk

Faedah
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.





________________________________________
Posisi kelima
Sujud


Faedah
Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul¬kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.
________________________________________
Posisi keenam
Duduk di antara dua sujud

Faedah
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka.Posisi tubuh badan memberi¬kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.
________________________________________
Posisi ketujuh
Sujud kedua



Faedah
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.
________________________________________
Posisi kelapan
Bangun semula dari sujud.

Faedah
Darah kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar osisi tubuh badan memberi-kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

kELEBIHAN BERPUASA...

Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

5 perkara yang diimpikan oleh setiap org dan cara mudah untuk memperoleh.. :-)

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1:wajah yang cantik

2 duit yang banyak

3:kesihatan yang baik

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan..

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.... selamat beramal utk memperoleh stiap impian itu..:-)..

kelebihan Berwuduk dr segi sainstifik...

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri....."

Kelebihan Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

Pesanan Rasullulah SAW buat umatnya SEBELUM Tidur...

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )