BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR..

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)..Di bawah ini di nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

 

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.


Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis  tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,
dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun
atau sihir yang terkena pada hari itu".


Riwayat al Bukhari.
_____

Pagar Kedua (2)


Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya
tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat.
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau
pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!
Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur
dalam keadaan bersuci'"


Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

_____

Pagar Ketiga (3)


Mengambil berat tentang solat berjemaah


Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan
hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun
penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi
oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan
kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

_____



Pagar Keempat (4)


Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.


Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas
hasil perlakuan syaitan tersebut.


Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal
seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan
tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di
dalam telinganya"


Riwayat al Bukhari dan Muslim.

_____

Pagar Kelima (5)


Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.


Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan
berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya
aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan
gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan
syaitan-syaitan jantan atau betina.

_____

Pagar Keenam (6)


Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil

berdoa :


"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya
dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya,
dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah
dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia
telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang
yang suka melakukan tipu daya"


Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
baik.

_____

Pagar Ketujuh (7)


Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi
dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.


Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya
sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak
mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wa/hal ía
sendiri sememangnya penipu" Riwayat al Bukhari

2 comments:

shahjiehan said...

wah3....semakin hebat blog anda~ tahniah~

permata syazuliah said...

thanks ...kebnykkannya ats tunjuk ajar kamu jgk.. =)