BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

kisah ikhtibar : 1 Perbuatan memberi 3 jawapan..


Sebuah kisah ikhtibar yang boleh dijadikan pengajaran kpd kita semua.. kita jagnlah meragui kekuasaan Allah..tiada yang lebih berkuasa selain drNya..Allah yang Maha pemurah lg Maha mengatahui...
Ada seorang pelajar yang sudah lama belajar di luar negara,kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah dia meminta kepada ibu bapanya untuk mencari seorang ustaz atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab tiga pertanyaannya. Akhirnya ayah pemuda tersebut mendapatkan seorang ustaz...
Pelajar : Anda siapa? Adakah anda dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Ustaz   : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pelajar : Anda yakin? Sedangkan ramai professor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. 
Ustaz   : Saya akan mencuba sedaya upaya saya.
Pelajar : Baiklah.. Saya ada 3 pertanyaan.
  1.  Kalau memang Allah itu wujud, tunjukkan kepada saya.
  2.  Apakah yang dinamakan takdir?
  3.  Kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang merupakan api?  Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsure yang sama. Apakah Allah  tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba ustaz itu menampar pipi pemuda tersebut dengan keras.

Pelajar : (Sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Ustaz   : Saya tidak marah....tamparan itu adalah jawapan bagi tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pelajar : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..???
Ustaz   : Baiklah..Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pelajar : Tentulah saya berasa sakit.
Ustaz   : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pelajar : Ya!!!
Ustaz   : Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu!
Pelajar : Saya tidak boleh.
Ustaz   : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Allah tetapi tidak mampu melihat 
              wujudnya. Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar saya?
Pelajar : Tidak...
Ustaz   : Adakah pernah terfikir oleh anda akan ditampar oleh saya?
Pelajar : Tidak.
Ustaz   : Itulah yang dinamakan takdir. Perbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda itu?
Pelajar : Sudah tentu kulit..
Ustaz   : Perbuat daripada apakah pula pipi anda itu?
Pelajar : Kulit jugalah....
Ustaz   : Bagaimanakah rasanya tamparan saya?
Pelajar : Mestilah sakit!
Ustaz   : Jadi...walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga diperbuat daripada api, jika Allah menghendaki maka neraka akan menjadi tempat  yang menyakitkan untuk syaitan.

Lalu pemuda itu pun pulang dengan rasa keinsafan dan penyesalan yang amat sangat kerana telah meragui kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.


0 comments: