BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Petikan ini diambil dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit.

(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)  

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang  boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa  ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah  bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala),  hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya  ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta  mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi  tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda  kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak  dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai  binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al A’raaf:179)


Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam).
Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

0 comments: